Apakah Akaun Ahli SPK?
Akaun Ahli SPK ialah akaun yang mana kesemua caruman daripada Ahli termasuk caruman sukarela daripada Ahli dan Majikan dimasukkan sebagai simpanan Ahli.
Ahli akan mencarum sebanyak 8,5% daripada gaji pokok setiap bulan ke dalam Akaun Ahli SPK. Simpanan akaun ini boleh digunakan sebelum persaraan.

Manfaat Akaun Ahli SPK
Akaun Ahli SPK ialah akaun simpanan yang memberikan manfaat berikut:

Simpanan
yang Terkumpul
Semua caruman (mandatori dan sukarela) akan dimasukkan ke Akaun Ahli SPK, untuk memastikan simpanan Ahli akan meningkat dari semasa ke semasa.

Pengeluaran Secara Keseluruhan pada Umur 60 Tahun
Ahli mempunyai pilihan untuk mengeluarkan 100% simpanan secara ke keseluruhan semasa mencapai umur 60 tahun. Ini memberikan Ahli sejumlah dana yang boleh digunakan semasa persaraan nanti.

Pengeluaran
Pra-Persaraan
Ahli yang berkelayakan boleh membuat pengeluaran secara separa atau penuh daripada Akaun Ahli SPK untuk tujuan yang tertentu sebelum mencapai umur 60 tahun. Pengeluaran yang dibenarkan memberi peluang untuk Ahli menggunakan simpanan mengikut keperluan keadaan semasa tempoh bekerja dan semasa bersara.
Ketahui lebih lanjut
Adakah Akaun Ahli SPK Menerima Dividen?
Ya, pada kadar 2.5% setahun
Akaun Ahli menerima dividen tahunan sebanyak 2.5%, membolehkan Ahli menerima pulangan dan meningkatkan simpanan persaraan.
