Manfaat Turunan
Skim Persaraan Kebangsaan

Bekerja Sendiri

Ketahui lebih lanjut manfaat yang diterima daripada Akaun Persaraan SPK oleh tanggungan Ahli apabila Ahli meninggal dunia.

Apakah Manfaat Turunan?


Manfaat Turunan ialah manfaat yang diterima oleh tanggungan Ahli apabila Ahli meninggal dunia.


Terdapat dua jenis manfaat yang waris  Ahli akan menerima sekiranya Ahli meninggal dunia:

  1. Baki daripada Akaun Ahli SPK akan diberikan kepada waris Ahli mengikut Hukum Syara' atau wasiat Ahli.

  2. ​​Manfaat Turunan daripada Akaun Persaraan SPK akan diberikan kepada tanggungan Ahli.​

Sekiranya Ahli Meninggal Dunia


Tanggungan Ahli akan dilindungi Manfaat Turunan.


Manfaat Turunan memberikan manfaat keapda tanggungan Ahli yang berkelayakan untuk membantu meringankan beban tanggungan disebabkan kematian Ahli.


Sekiranya tiada tanggungan yang layak menerima manfaat, baki Manfaat Turunan akan dibayarkan secara keseluruhan (lump sum) kepada waris atau Pentadbir Penama.

 Tanggungan yang Layak



Suami atau isteris yang belum berkahwin semula



Anak-anak berumur di bawah 21 tahun dan belum. berkahwin



Ibu bapa bagi Ahli yang belum berkahwin

Memahami Garis Masa Manfaat Turunan

Jika Ahli Meninggal Dunia Sebelum Umur 60 Tahun:

  • Tempoh menerima Manfaat Turunan: 15 tahun.
  • Jumlah: $400 sebulan atau 50% daripada anggaran anuiti terkini, tertakluk mana yang lebih tinggi.

  • Kelayakan Ahli: Minimum sebanyak $400 sebulan jika Ahli yang meninggal dunia telah mencarum sekurang-kurangnya 25% daripada tempoh keahlian sebagai Ahli TAP atau telah mencarum 3 bulan kebelakangan sebelum meninggal dunia.

Umur

60 tahun

75 tahun 

Jika Ahli Meninggal Dunia Antara Umur 60 dan 75:

  • Tanggungan akan menerima pembayaran manfaat selama baki tempoh umur Ahli meninggal dunia sehingga umur Ahli 75 tahun (sekiranya Ahli masih hidup).

  • Jumlah: $250 sebulan atau 50% daripada anggaran anuiti terkini, tertakluk mana yang lebih tinggi.

  • Kelayakan Ahli: Minimum sebanyak $250 sebulan jika Ahli yang meninggal dunia telah mencarum sekurang-kurangnya 25% daripada tempoh keahlian sebagai Ahli TAP atau telah mencarum 3 bulan kebelakangan sebelum meninggal dunia.

Soalan-soalan lazim

Selepas kematian Ahli, ahli keluarga boleh melaporkan kematian kepada TAP dengan menyediakan dokumen yang diperlukan. Semua simpanan dalam Akaun Ahli SPK akan dikeluarkan kepada waris atau pentadbir penama yang dilantik.

Tanggungan yang layak ialah pasangan yang belum berkahwin semula dan mempunyai anak berumur di bawah 21 tahun dan belum berkahwin.


Tanggungan yang layak dalam kes ini ialah pasangan awda yang belum berkahwin dan anak di bawah umur 21 tahun. Mereka akan menerima Manfaat Turunan untuk tempoh perlindungan selama 15 tahun dari tarikh kematian, dengan jumlah sama ada $400.00 or 50% daripada anggaran anuiti terkini, tertakluk. mana yang lebih tinggi.

Berdasarkan kriteria yang dinyatakan, Manfaat Turunan akan diterima oleh pasangan awda yang belum berkahwin semula. Sekiranya pasangan meninggal dunia atau berkahwin semula, baki Manfaat Turunan yang selebihnya akan dibayar secara sekaligus kepada waris atau Pentadbir Penama.

Dalam kes ini, Manfaat Turunan akan dibayar secara sekaligus kepada waris atau Pentadbir Penama.

Keseluruhan jumlah dalam Akaun Persaraan akan dibayarkan kepada Pentadbir Penama yang dilantik. Sekiranya Ahli beragama Islam, jumlah tersebut akan diserahkan kepada Pentadbir Penama yang akan membahagikan kepada waris berpandukan Hukum Syara’.


Sekiranya tiada Pentadbir Penama yang dilantik, jumlah tersebut akan diserahkan kepada Pegawai Probet.