Caruman bagi
Skim Persaraan Kebangsaan

Bekerja Sendiri yang Belum Disahkan

Ketahui lebih lanjut mengenai caruman yang dibuat oleh Ahli SPK Bekerja Sendiri yang belum disahkan.

Caruman oleh Ahli SPK Bekerja Sendiri yang Belum Disahkan

Mana-mana caruman yang dibuat oleh Ahli SPK Bekerja Sendiri yang belum disahkan dikira sebagai caruman sukarela yang dimasukkan ke dalam Akaun Ahli SPK sahaja tidak kira jumlah yang dicarumkan.


Caruman yang dimasukkan ke dalam Akaun Ahli SPK boleh dikeluarkan bagi kegunaan sebelum persaraan.

Caruman Minimum 


Tiada caruman minimum diperlukan untuk membuat caruman sukarela ke dalam Akaun Ahli SPK.

Caruman Maksimum


Caruman sukarela maksimum yang dibolekan ke dalam Akaun Ahli SPK ialah $1,000.00.

Jadi Ahli SPK Bekerja Sendiri

yang Disahkan

Ketahui lebih lanjut mengenai Ahli SPK Bekerja Sendiri y ang Disahkan.

Soalan-soalan lazim

Tidak, Ahli SPK Bekerja Sendiri akan terus menggunakan nombor akaun SPK yang telah digunakan dari pekerjaan formal yang sebelumnya.

Ya, individu hendaklah mencukupi kriteria pendaftaran sebagai Ahli SPK Bekerja Sendiri, awda boleh mendaftar secara dalam talian melalui portal e-Amanah. Setelah berjaya mendaftar, awda akan diberikan akaun Ahli SPK dan boleh mula mencarum. Dengan mencarum kadar caruman yang berkelayakan, awda akan menerima manfaat Match-Up dari Kerajaan dan akan dikira sebagai produktif.

Produktiviti yang lebih lama akan memberikan impak positif kepada anuiti yang awda akan terima pada masa akan datang.


Status keahlian awda akan berubah secara automatik apabila Majikan mendaftarkan awda sebagai pekerja di syarikat mereka. Awda boleh memberikan Nombor Akaun SPK Ahli kepada Majikan awda bagi tujuam proses pendaftaran, dan awda boleh terus menyimpan ke dalam Akaun Ahli SPK awda yang sedia ada.

Awda perlu mengemaskini profil awda melalui portal e-Amanah dan serahkan dokumen pengesahan melalui emel di selfemployed@tap.com.bn dan sertakan nama dan nombor kad pengenalan awda di dalam emel.